NIBONG TEBAL MTB ADVENTURE 2009

Date : 21.06.2009
Venue : SK Jawi, Nibong Tebal, Penang
Distance : 46.7km



Apa pun syabas dan sekalung tahniah kepada pihak penganjur NTMTBA 2009 kerana daya usaha dan kecekalan kalian semua menganjurkan event kali ini. Bagi kami pihak rider amat teruja walaupun kebanyakkannya merungut akan kehebatan, kepenatan, kekeliruan, kekecewaan serta kepatahan semangat untuk teruskan ke garisan penamat.

Mungkin ini satu pengalaman dan pengajaran bagi rider2 samada yang baru mula berkayuh mahupun yang senior rider. Apa pun kita tak perlu merasa kecewa kerana ianya adalah satu kebaikan untuk menguji tahap kesabaran dan ketahanan mental dan fizikal kita sendiri... bukannya untuk orang lain.

Bagi saya sendiri, inilah akibatnya dari kurang latihan setelah habis Kulim Hi-tech Exploration 2009 bulan March, perut pun dah buncit baru nak lap basikal dan berkayuh semula dekat 2 minggu NTMTBA 2009 nak bermula, itupun hujung minggu...hari2 lain letih bila balik kerja. Jadi tak perlulah kita salahkan track yang tak elok. Sebenarnya kekurangan ada pada diri kita ataupun jentera yang kita kayuh. Semua tu perlu kita nilai secara yang rasional.

Apa pun event kali ni dapat juga saya sampai ke penamat walaupun lambat. Meleret-leret dibuatnya kayuhan kali ni....terus berkayuh dan tolak beskel serta kurangkan picnic dalam hutan dengan harapan tidak terlewat ke garisan penamat.

Kepada rider2 yang mantop-mantop syabas diucapkan.....apa pun dengar khabarnya cuma 500 lebih rider yang berjaya ke garisan penamat dan yang tidak berjaya jangan putus asa...teruskan penglibatan dalam next event...anggaplah bersukan sebagai satu riadah...demi untuk kesihatan....



Apa pun warm-up perlu dibuat bagi mengelak kekejangan otot (cramp)...supaya tubuh kita telah bersedia untuk tekanan aktiviti fizikal yang lebih keras lagi.


Abg. Aziz dengan gaya saktinya ..."akan ku pecut nanti tinggai hangpa semua"




Peringkat awal cabaran bermula...teruji kesabaran rider2




penangan uphill yang meleleh.....








tak berani downhill pun takpa, janji badan ngan beskel sampai bawah sudah...






"demi kasih sejati, jom cepat ikut abang ke penamat meskipun anak kita sudah berada di depan" itulah kata2 Manan pada isterinya...kuat jugak kak long kita ni...


Tepat jam 12.35 tgh. sampai la aku di penamat pada kedudukan 353 setelah bertarung nyawa.....


Insyallah..semoga kita berkayuh lagi di UUM Mountain Bike X-CR'09 nanti