RENTETAN FEB 2009

Sepanjang Feb. ni aku cuma sempat layan kayuhan beberapa kali aje, itupun hari cuti hujung minggu unt. renggangkan otot ke Kulim Hi-tech nanti. Sebelah petang, baru nak warm-up pegang beskal aje, hujannnn punnn turunnn...
Sempat la jugak layan Bukit Carpet 3X pada hari cuti.

Route : Balik Pulau --- Teluk Kumbar --- Sg. Ara
--- Bukit Carpet --- Balik Pulau.
Distance : 36km
Geng : 3A (Aku, Aziz & Azhar)

Week 1 (Sun.) :




Week 2 (Sun.):
Hari ni aku naik Bukit Carpet dengan keadaan kesihatan yang tak berapa mengizinkan...memang semput giler... 3 kali kena rest tarik nafas..teruk sungguh rasanya.


Azhar : tak pa sikit lagi kita sampai..


Hari ni dapat berkenalan dengan kekawan baru dari Kepala Batas. depa 2 orang ni first time sampai kat bukit karpet, jadi join la sekali dengan kami bertiga. Syabas kepada kalian semua kerana sanggup tunggu keletihan aku.


Week 3 (Sat.) :
Demi menebus keletihan minggu lepas, hari Sabtu lagi dah ajak abg Aziz naik Bukit Carpet tapi tak ada orang langsung kat puncak Bukit Carpet...kami berdua aje hari ni, orang masih bekerja.. kalau hari Ahad ramai ler kat atas ni, nak lepak pun kena cari ruang.





Aksi ni yang malas nak layan...sampai2 aje cari kerusi malas. Lepas tu menguapppp....

HARI AHAD : Hari ni aku melepas unt. join dengan geng Uncle Chai & Abg. Aziz naik bukit pokok pisang Pulau Betong --- Gertak Sanggul --- Bukit Carpet --- Balik Pulau.
Anak tak berapa sihat. Lain kali ajelah...