Pekedoq Oqat Baloq


Date : 27 Sept. 2009 (Sun)
Time : 7.15am - 12.00noon
Rider : Amier(aku), Aziz, Azhar & Zul
Route : Ikut terjah tayar...last2 sosattt..

Seminggu Aidilfitri pun berlalu..Rasa bisa2 urat dok pekena pulut ketupat pun tak habih lagi. Member2 lain 2,3 hari raya start dok kampoi kayuh dah. Benda ni tak boleh biaq lama. Oqat makin hari makin cekang.. tak boleh jadi macam ni...nak kena pekedoq jugak. Kalau dok biaq lama oqat boleh jadi dawai..

Apa lagi..demi kesejahteraan sejagat...malam ahad aku pun roger kat Azhar & Abg. Aziz ajak kayuh esoknya (Ahad). Biasa la..ayat penting yg. Azhar pohon restu lepas raya "jangan track teruk2 sangat pasai baru stat kayuh".

Maka bermula episod kayuhan lepas raya... jam 7.10pg kami bertiga Agensi 3A pun tembak naik ikut jalan Bukit Baru Balik Pulau..on the way terserempak ngan budak Zul yg tengah kayuh sorang2.. apalagi qentap naik sekali... Apa nak buat pakat2 meleleh la jugak kena bukit baru, dengaq berkelahi hidung ngan mulut berebut nak bernapaih...

Seterusnya, kami terjah downhill ikut Bukit Mas exit Relau... and then, pekena apa yg patut (melantak) kat Relau, pastu tekan naik ke Bukit Sg. Ara... Masa dok rehat kat simpang naik ke Karpet ada la dapat maklumat alkisahnya kalau pi terus ikut jalan sungai boleh keluaq kat tokong hindu, Jalan Tlk. Kumbar. Dgn. harapan nak test laluan baru kami berempat pun pedeqaih naik... Sampai kat atas... alamak simpang banyak daa.. maka sosattt la atas bukit tu... naik turun naik turun jugak dok cari jalan... dengan wajah yg pakat2 bebai kami pun turun balik & terus panjat ke Bukit Karpet.... 11.30pg sampai la puncak dgn rasa yg puaih pasai dapat bakar banyak lemak.


Rehat sat kat puncak pemandangan indah Bukit Baru... alahai ponatnyeee...


downhill melalui Bukit Mas ke Relau... redup & menenangkan...


izin patik pacar yg. perasaan ni posing seketika...

hat ni kes berat... biaq pi nak tengok sat lagi dia qabat bukit.. bihun tambah tu...


ambik nyawa sat dipersimpangan ke Bukit Karpet sebelum test laluan terus...


kononnya dia kayuh sampai Hatyai la tu.. berkenan sungguh dia kat patung tu..

mana bolehhh, kita pun nak posing jugak..

Tempat ke-3 minggu ini... Hagemaru membaja rumput bukit...


Kepuasan kayuhan yg tak terkata sesampainya kat puncak Karpet..


apa kes pulak Karam Singh Walia ni....

Oooo...masalah tebing tanah tak dipasang cerucuk...rosak la tu...

AIDILFITRI MENGUSIK JIWA

Setiap kali hendak berlabuhnya Ramadhan tidak ada sesuatu yang paling istimewa @ mengembirakan melainkan menantinya Hari Lebaran yakni hari raya la tu... Tak kira peringkat lapisan umur mana pun atau jantinanya. Semua rasa seronok..nak raya katakan.. tidak org tak pakai istilah 'raya' bila kaitkan sesuatu yg. mengembirakan w/pun bukan pada Hari Lebaran.

Namun, bagi aku yg. umur semakin meniti hari, percayalah tak ada saat yang paling mengembirakan melainkan sewaktu zaman kanak-kanak. Dunia yang tak ada tekanan melainkan malas nak ke sekolah saja. Bila tibanya Syawal setiap tahun, aku pasti mengenangkan kisah silam zaman praremaja dulu.. memang indah..

W/pun aku lahir dalam keluarga yg. miskin tapi tetap gembira bila tiba Aidilfitri berbeza kini meskipun berkemampuan tapi Aidilfitri tak setanding zaman kanak2. Adakah suasana kampung & layanan masyarakat dahulu yg. membuatkan Aidilfitri lebih berjiwa?
Bagi aku yg. terdiri dari 5 adik beradik lelaki kesemuanya, memang berat bagi seorang ayah pada masa tu untuk melayan karenah anak2nya. Semuanya buas nak mampuih... Bukan kata Syawal, baru masuk Ramadhan aje orang tua dah terpaksa pikiaq macamana nak bagi makan sedap2 di bulan posa ni kat kami sekeluarga apatah lagi persiapan hari raya. Tapi aku tahu kekuatan & kecekalan seorang yang dikatakan sebagai 'ayah'. Kini semua tu dapat ku alami sendiri setelah bergelar ayah.

Sememangnya rindu sausana kampung halaman tak dapat dielakkan bila menjelangnya Syawal ketika kita di perantauan. Meskipun bila berkesempatan balik sekali pun, rasa terubatnya tak boleh pun sampai 10%. Walhal kita dah berpijak di kampung halaman.. Rasanya apa yang kita cari sebenarnya adalah suasana di masa lalu.. zaman kita..

Bila aku tengok anak2 aku beraya la ni rasa kesian pulak... rasa hambarnya Aidilfitri bagi depa... Sekadar rasa seronok sikit kot dapat berbaju baru... tapi selain hari raya pun depa dapat jugak baju baru... nak kata dapat pegang duit raya... tapi selalu jugak bagi duit. Agaknya hari raya ni jadi seronok bila kita adalah org. miskin pas tu dapat kenikmatan semua tu pada hari raya... kalau kita hidup mewah Aidilfitri rasanya tak bererti sangat kot melainkan penghayatan kesyukuran nikmat Ilahi. Sebab tu kebanyakkan la ni, orang2 berada lebih suka fly ke oversea bila Hari Raya. Makan angin kononya sebagai hadiah istimewa di Hari Lebaran.

Kalau dulu nikmat makan sedap2 pun kena tunggu hari raya... Teringat lagi dulu2 bila balik beraya ke rumah tok wan, time tu la nak boleh rasa makan lauk ayam...ataupun ada modal sikit mak bela la ayam belakang rumah, pas tu warning pulak ayam ni kita akan sembelih raya nanti. Nak kena tunggu raya jugak.. tu yang buat hari raya jadi special..

Dulu malam raya kira gah gila...mercun pun main perang2. Tak tau takut & tak jadi kesalahan time tu...Pernah satu masa aku sempat bermasam muka ngan jiran sebab kes mercun. Apa tidaknya mercun roket aku main masuk betul2 lubang alang rumah, pas tu meletup atas tilam. Apa lagi terbakar tilam depa..berlubang besaq pulak tu.. sampai jiran tu tarik turun tilam tunjuk bukti kat aku.. menyesal giler time tu.. nasib baik tak terbakar rumah orang malam2 raya...

Malam raya jugalah kira dah mula atur kaki berkunjung ke rumah saudara & jiran2. Esok mai lagi... Malam tu kira mai buat appoinment untuk kunjungan esok kononnya... Esoknya raya kira boleh pecah rumah orang pasai jenis mai berkunjung macam rombongan... melompat tuan rumah nak basuh cawan & pinggan.. apa pun memang best la raya dulu2. Tak ada kuih yang istimewa yang sinonim dgn. perihal hari raya melainkan apa yang aku suka iaitu putu kacang, ketupat kacang, dodol & bahulu... yang lain kau orang suka.. kau orang bedal la...





Apa pun aku ambik kesempatan ni jugak untuk ucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua Rider MTB dan insan lain yg. mengenali diri ini...Salam ampun dan maaf.. semoga bergembira di AIDILFITRI tahun ini...dengan cara kita...

"Night Ride" Menghantui Mangsanya

Rupa2nya ada jugak nafsu yg tak boleh dicontrol di bulan posa ni. Kalau setakat nak langsai kayuhan dalam rumah no problem. Tapi yang ni kayuhan di luaq rumah, dok nak kawal macamana pun tapi kaki tetap rasa ketaq. Apatah lagi bila buka blog saja, al-kisah ramai yg dok kayuh malam la ni.... semua tu pakat dok paraquat mental aku.
Apa nak jadi pun... malam ni tetap terjadi... jumpa saja Abg. Aziz kat sembahyang terawih tadi terus ajak kayuh... Dia pun jadi siap...jom..jom... Benda ni kalau rancang awal selalunya tak jadi. Pukul 11.00 mlm. kami keluar dari kuarters mengatur langkah untuk buat kayuhan sulung di malam ramadhan. First check point kami adalah di Kem Biro Tatanegara, Pasir Panjang dengan laluan yang gelap pekat di persisir pantai & seterusnya patah balik pi pekena roti canai kat Restoran Kassim Mustaffa. Pukul 12.45pagi sampai la kami kat rumah dan seterusnya sempurnakan apa yang patut... zzzz.zzzz..zzzz.

Route : Air Putih -- Kg. Perlis -- Pulau Betong (Pasir Panjang) -- Kg. Terang -- Pondok Upeh -- Kassim Mustaffa -- Air Putih.

Distance : 28km


Kayuhan menuju ke Pulau Betong


Pakat-pakat posing sat bila jumpa lampu jalan...kat sini yg cerah pun..


check point : Kem Biro Tatanegara, Pasir Panjang

Dok try ushar jugak kot2 ada belangkas beromen kat pantai...


akhirnya...berjaya juga misi kayuhan malam ramadhan.

Penyertaan BM Mountain Bike Carnival 2009



Duit dah bayaq, nama pun dah tersenarai... dok tunggu apa lagi...tak qeti-qeti nak peqagat badan... dok tengok org lain aje tayar dok hueh. Busuk2 pun lepas raya posa enam mesti paksa kayuh kot... orang lain badan sentiasa dok panaih.
Apa pun kena juga traning...kalau nak pi berjuang tu, tayar kena la pi asah jugak kat jalan tu supaya jangan banyak sangat acara Main Tolak Baskel nanti.

BARA yang pastinya BARAH (Kanser)

NAFAS BARU BERMULA RAMADHAN

Bila kita cuba bincangkan topik tentang BAHAYA MEROKOK kebanyakkan orang tak berapa sedap nak dengar.. rasa nyilu telinga... ada juga yang boleh berkongsi cerita @ pengalaman gagal berhenti rokok...itu saja... cerita pi la macam mana bahaya pun, selagi benda tak boleh nampak kesan segera selagi tu tak percaya... seperti Allah menjanjikan kita murah rezeki kalau rajin bersedekah... tapi tak ramai mampu melaksanakan...benda tak nampak dengan segera...Bukan semua perokok tak sedar akibat bahaya merokok kepada diri & orang sekitarnya tetapi badan dah terikat dengan dadah Nikotin yang bersarang dah dalam badan.

Dalam kes Rokok , bukan saja kesannya yang terpendam dalam badan & akan timbul dlm j/masa yg panjang tetapi kesan ketagihan yg membuat si perokok menjadi RINDU dengannya dan susah nak tinggal. Mungkin selama ni, ramai yang memikirkan cara terbaik untuk berhenti & mencubanya tetapi seringkali gagal. Kesusahan & keperitan ni pernah aku lalui 4 tahun dahulu dalam usaha nak berhenti... 3 X Awal Muharram baru berjaya... yang penting kita perlukan kekuatan dalaman...tak payah dok cerita pakai tu, pakai ni..bohong semuanya... istilah RINDU angkara Nikotin boleh membuat kita terpanggil balik untuk merokok. Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1995 juga telah istiharkan merokok adalah HARAM kerana mengakibatkan pelbagai penyakit dialami oleh perokok.



Sumber Fakta : Kementerian Kesihatan Malaysia

Tabiat merokok boleh membunuh 1 bilion orang dalam abad ini. Terdapat lebih kurang 1.15 bilion perokok di seluruh dunia. Lebih 80% daripada angka ini adalah dari negara-negara yang berpendapatan rendah dan sederhana. Menurut WHO, tembakau menjadi satu daripada penyebab paling utama terhadap kematian di seluruh dunia. Dianggarkan bahawa lebih kurang 100 juta orang mati disebabkan oleh penggunaan tembakau di abad ke-20. Dalam abad ke-21, adalah diramalkan 1 bilion orang akan mati sekiranya corak merokok sekarang ini berterusan!

* Penyakit-penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok membunuh seorang daripada 10 orang dewasa di seluruh dunia, atau menyebabkan empat juta kematian.

* Setiap 8 saat, seorang mati akibat penggunaan tembakau. Lebih kurang 15 bilion rokok dijual setiap hari atau 10 juta setiap minit.

* 60,000 hingga 100,000 kanak-kanak di seluruh dunia mula merokok setiap hari secara kasar, separuh daripada mereka di negara-negara Asia.

* Separuh daripada perokok jangka masa panjang akan mati akibat penggunaan tembakau yang menyebabkan kanser paru-paru, penyakit jantung dan penyakit paru -paru yang kronik.

* Terdapat lebih daripada 4,000 bahan kimia dalam asap tembakau, yang mana 2,000 daripadanya adalah toksik, 63 adalah karsinogenik (penyebab kanser) dan selebihnya adalah bahan-bahan yang boleh menyebabkan kerengsaan.

* Secara purata, sebatang rokok yang dihisap akan memendekkan sekurang-kurangnya 5 minit hayat seseorang.

* 30% daripada semua kematian berkaitan kanser adalah daripada tabiat merokok. 90% daripada semua kematian akibat kanser paru-paru adalah disebabkan oleh tabiat merokok.




Tabiat merokok adalah satu penagihan

Tembakau mengandungi sejenis bahan penyebab ketagihan yang dipanggil NIKOTIN. Mengikut kajian World Health Organisation, telah melaporkan bahawa nikotin menghasilkan tindak balas kimia dalam badan yang sama dengan yang dihasilkan oleh heroin dan kokain. Kadar berbalik dependen yang cuba untuk berhenti menggunakan nikotin, alkohol, kokain dan heroin secara kasarnya adalah sama, namun banyak yang melaporkan bahawa adalah lebih sukar untuk berhenti menggunakan tembakau, berbanding dengan pelbagai dadah haram yang lain.





Kadang-kadang terfikir jugak, adakah perokok merasakan dirinya dan orang sekelilingnya kebal dengan asap rokok ke ?








Sekurang-kurangya kalau si perokok tidak sayangkan dirinya sendiri...sebaik-baiknya peliharalah kesihatan ahli keluarga atau orang sekitarnya. Ini adalah kerana asap rokok basi (asap dihembus keluar) adalah lebih merbahaya daripada asap yang disedut oleh perokok.














“Dan berbelanjalah pada jalan Allah, dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah sangat suka kepada mereka yang melakukan kebaikan” (Al-Baqarah: Ayat 195)

“Dan berilah jiran kamu haknya dan orang miskin dan orang yang berjuang di jalan Allah dan janganlah kamu melakukan pembaziran. Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan” (Al-Isra: 26-27).



Oleh itu sempena bulan suci dan mulia ini, sama-samalah kita berusaha membantu mereka yang ingin berhenti dari perbuatan yang sia-sia ini. Hati insan perokok yang berpuasa mudah menerima perkara-perkara ke arah kebaikan apatah lagi merokok di siang hari telah berjaya mereka tinggalkan. Bagi perokok pula, ambillah peluang ibadah puasa kali ini mentarbiyahkan diri untuk berhenti dari tabiat buruk merokok yang sememangnya telah diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan 1995.

Tips 10M berhenti merokok:

* Melengah-lengahkan
* Menarik nafas panjang
* Minum air banyak
* Menyibukkan diri/membuat sesuatu
* Melakukan senaman regangan
* Mengalihkan perhatian
* Mengunyah sesuatu
* Membasuh tangan
* Mengambil wuduk/mandi
* Memohon doa



Pada 20 minit Berhenti merokok:


* Tekanan darah mula menurun.
* Nadi menurun.
* Suhu badan pada tangan dan kaki meningkat.

Pada 8 jam

* Tahap karbon monoksida dalam darah menurun.
* Tahap oksigen dalam darah kembali normal.

Pada 24 jam

* Peluang untuk mendapat serangan jantung menurun.

Pada 48 jam

* Deria hidu dan rasa bertambah baik, saraf hujung (nerve ending) mula kembali cergas.

Pada 2 - 3 minggu

* Peredaran darah di badan bertambah baik.
* Peningkatan stamina.
* Fungsi paru-paru bertambah baik.

Adakah Berbaloi Untuk Berhenti Merokok ?

* Risiko kesihatan akan menurun secara mendadak.
* Selepas 15-20 tahun risiko penyakit paru-paru sama seperti bukan perokok.
* Selepas 15-20 tahun risiko penyakit jantung koronari adalah sama seperti orang tidak merokok.
* Berhenti merokok akan memperbaiki simptom-simptom penyakit asma, amfisema dan jantung koronari.
* Berhenti merokok sebelum pertengahan umur akan mengurangkan risiko kesihatan sama seperti bukan perokok.

SAYANGILAH DIRI KITA KERANA IANYA ADALAH AMANAH ALLAH UNTUK KITA PELIHARA & BUKAN UNTUK DIBINASA, KELAK SEMUANYA AKAN DIPERSOAL.