BARA yang pastinya BARAH (Kanser)

NAFAS BARU BERMULA RAMADHAN

Bila kita cuba bincangkan topik tentang BAHAYA MEROKOK kebanyakkan orang tak berapa sedap nak dengar.. rasa nyilu telinga... ada juga yang boleh berkongsi cerita @ pengalaman gagal berhenti rokok...itu saja... cerita pi la macam mana bahaya pun, selagi benda tak boleh nampak kesan segera selagi tu tak percaya... seperti Allah menjanjikan kita murah rezeki kalau rajin bersedekah... tapi tak ramai mampu melaksanakan...benda tak nampak dengan segera...Bukan semua perokok tak sedar akibat bahaya merokok kepada diri & orang sekitarnya tetapi badan dah terikat dengan dadah Nikotin yang bersarang dah dalam badan.

Dalam kes Rokok , bukan saja kesannya yang terpendam dalam badan & akan timbul dlm j/masa yg panjang tetapi kesan ketagihan yg membuat si perokok menjadi RINDU dengannya dan susah nak tinggal. Mungkin selama ni, ramai yang memikirkan cara terbaik untuk berhenti & mencubanya tetapi seringkali gagal. Kesusahan & keperitan ni pernah aku lalui 4 tahun dahulu dalam usaha nak berhenti... 3 X Awal Muharram baru berjaya... yang penting kita perlukan kekuatan dalaman...tak payah dok cerita pakai tu, pakai ni..bohong semuanya... istilah RINDU angkara Nikotin boleh membuat kita terpanggil balik untuk merokok. Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1995 juga telah istiharkan merokok adalah HARAM kerana mengakibatkan pelbagai penyakit dialami oleh perokok.



Sumber Fakta : Kementerian Kesihatan Malaysia

Tabiat merokok boleh membunuh 1 bilion orang dalam abad ini. Terdapat lebih kurang 1.15 bilion perokok di seluruh dunia. Lebih 80% daripada angka ini adalah dari negara-negara yang berpendapatan rendah dan sederhana. Menurut WHO, tembakau menjadi satu daripada penyebab paling utama terhadap kematian di seluruh dunia. Dianggarkan bahawa lebih kurang 100 juta orang mati disebabkan oleh penggunaan tembakau di abad ke-20. Dalam abad ke-21, adalah diramalkan 1 bilion orang akan mati sekiranya corak merokok sekarang ini berterusan!

* Penyakit-penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok membunuh seorang daripada 10 orang dewasa di seluruh dunia, atau menyebabkan empat juta kematian.

* Setiap 8 saat, seorang mati akibat penggunaan tembakau. Lebih kurang 15 bilion rokok dijual setiap hari atau 10 juta setiap minit.

* 60,000 hingga 100,000 kanak-kanak di seluruh dunia mula merokok setiap hari secara kasar, separuh daripada mereka di negara-negara Asia.

* Separuh daripada perokok jangka masa panjang akan mati akibat penggunaan tembakau yang menyebabkan kanser paru-paru, penyakit jantung dan penyakit paru -paru yang kronik.

* Terdapat lebih daripada 4,000 bahan kimia dalam asap tembakau, yang mana 2,000 daripadanya adalah toksik, 63 adalah karsinogenik (penyebab kanser) dan selebihnya adalah bahan-bahan yang boleh menyebabkan kerengsaan.

* Secara purata, sebatang rokok yang dihisap akan memendekkan sekurang-kurangnya 5 minit hayat seseorang.

* 30% daripada semua kematian berkaitan kanser adalah daripada tabiat merokok. 90% daripada semua kematian akibat kanser paru-paru adalah disebabkan oleh tabiat merokok.




Tabiat merokok adalah satu penagihan

Tembakau mengandungi sejenis bahan penyebab ketagihan yang dipanggil NIKOTIN. Mengikut kajian World Health Organisation, telah melaporkan bahawa nikotin menghasilkan tindak balas kimia dalam badan yang sama dengan yang dihasilkan oleh heroin dan kokain. Kadar berbalik dependen yang cuba untuk berhenti menggunakan nikotin, alkohol, kokain dan heroin secara kasarnya adalah sama, namun banyak yang melaporkan bahawa adalah lebih sukar untuk berhenti menggunakan tembakau, berbanding dengan pelbagai dadah haram yang lain.





Kadang-kadang terfikir jugak, adakah perokok merasakan dirinya dan orang sekelilingnya kebal dengan asap rokok ke ?








Sekurang-kurangya kalau si perokok tidak sayangkan dirinya sendiri...sebaik-baiknya peliharalah kesihatan ahli keluarga atau orang sekitarnya. Ini adalah kerana asap rokok basi (asap dihembus keluar) adalah lebih merbahaya daripada asap yang disedut oleh perokok.














“Dan berbelanjalah pada jalan Allah, dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah sangat suka kepada mereka yang melakukan kebaikan” (Al-Baqarah: Ayat 195)

“Dan berilah jiran kamu haknya dan orang miskin dan orang yang berjuang di jalan Allah dan janganlah kamu melakukan pembaziran. Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan” (Al-Isra: 26-27).



Oleh itu sempena bulan suci dan mulia ini, sama-samalah kita berusaha membantu mereka yang ingin berhenti dari perbuatan yang sia-sia ini. Hati insan perokok yang berpuasa mudah menerima perkara-perkara ke arah kebaikan apatah lagi merokok di siang hari telah berjaya mereka tinggalkan. Bagi perokok pula, ambillah peluang ibadah puasa kali ini mentarbiyahkan diri untuk berhenti dari tabiat buruk merokok yang sememangnya telah diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan 1995.

Tips 10M berhenti merokok:

* Melengah-lengahkan
* Menarik nafas panjang
* Minum air banyak
* Menyibukkan diri/membuat sesuatu
* Melakukan senaman regangan
* Mengalihkan perhatian
* Mengunyah sesuatu
* Membasuh tangan
* Mengambil wuduk/mandi
* Memohon doa



Pada 20 minit Berhenti merokok:


* Tekanan darah mula menurun.
* Nadi menurun.
* Suhu badan pada tangan dan kaki meningkat.

Pada 8 jam

* Tahap karbon monoksida dalam darah menurun.
* Tahap oksigen dalam darah kembali normal.

Pada 24 jam

* Peluang untuk mendapat serangan jantung menurun.

Pada 48 jam

* Deria hidu dan rasa bertambah baik, saraf hujung (nerve ending) mula kembali cergas.

Pada 2 - 3 minggu

* Peredaran darah di badan bertambah baik.
* Peningkatan stamina.
* Fungsi paru-paru bertambah baik.

Adakah Berbaloi Untuk Berhenti Merokok ?

* Risiko kesihatan akan menurun secara mendadak.
* Selepas 15-20 tahun risiko penyakit paru-paru sama seperti bukan perokok.
* Selepas 15-20 tahun risiko penyakit jantung koronari adalah sama seperti orang tidak merokok.
* Berhenti merokok akan memperbaiki simptom-simptom penyakit asma, amfisema dan jantung koronari.
* Berhenti merokok sebelum pertengahan umur akan mengurangkan risiko kesihatan sama seperti bukan perokok.

SAYANGILAH DIRI KITA KERANA IANYA ADALAH AMANAH ALLAH UNTUK KITA PELIHARA & BUKAN UNTUK DIBINASA, KELAK SEMUANYA AKAN DIPERSOAL.