2nd Day - KPLR 2009 (Hatyai - Padang Besar - Kangar)

Date : 18 Oktober 2009 (Ahad)
Time : 10.00pg -- 4.10ptg.
Distance : 97km

Kayuhan balik ke Kangar diawalkan drp. jadual yg. dirancangkan bg. mengelakkan lebih ramai rider yg. jadi pisang salai. Sambutan dan penghormatan yg diberi oleh pihak polis dan badan NGO Thailand amat memuaskan hati semua rider dr. segi kawalan keselamatan dan layanan bekalan air minuman.

Apa pun perjalanan pulang disambutkan dengan cuaca hujan dan mendung bagi sesetengah tempat. Maka dgn. itu, banyak la restnya waktu balik. Siap pekena pisang goreng & ayaq nyok kat warung Batu 8, Kangar pasai hujan terlalu lebat. Kayuhan balik walaupun dekat ttp main dgn. kudrat dah habis masa bertolak hari Sabtu, angin pulak kuat rasanya kayuh pun dah tak larat. Namun, misi yang diharapkan dapat dilangsaikan dengan jayanya tanpa sebarang masalah. Terima kasih sekali lagi kepada pihak penganjur.

bergambar kenangan sebelum angkat kaki tinggalkan Hatyai...

Tak sempat nak pekena nasik kat rumah polis 2 org. ni pasai berebut nak balik..

bersemangat bro Razif kita ni...

Anugerah Mr. Speedometer boleh bagi kat depa 2 org. ni...

Abg. RamlySP & Abg. Aziz (dua2 Combat)

pakat2 tak sabaq nak balik... mungkin ada yg. tak putus susu badan lagi... teringat mak...

Perhatian...hallo2... pinjam telinga sat... nak balik dah ni...



bersama rider2 Thailand yg mengiringi perjalanan pulang...






murahguru tadoripayat... entah apa-apa tah..



nasib baik kulit aku cerah sikit drp. dinding board kat belakang

my team dlm group passport...

askar jepun naik gerek masuk Malaya ka ni...

cillutt... cakkkk.. baguihhhh adik kecikk ni.... nenen dak lagi ni

dari Thailand nak ke Negara Malaysia pastu terus ke Singapura pulak...

1st Day - KPLR 2009 (Kangar -- Wang Kelian - Hatyai)

Date : 17 Oktober 2009 (Sabtu)
Time : 7.35pg -- 4.35ptg.
Distance : 148.8km

KPLR 2009 mungkin merupakan sebahagian drp rekod baru sesetengah rider kerana dapat berpeluang berkayuh dlm. satu jarak yg. jauh serta merentasi sempadan negara. Apa pun sebagaimana yg. telah dirancang oleh para penganjur kita, maka pada hari yg. bermakna yakni tanggal 17 Okt. 2009 maka bermulalah satu episod baru bg. kita semua yg. terlibat. Syabas buat para penganjur kita...
Sebermulanya awal kayuhan jam 7.35 pagi, bertempat disebelah SMK Putra, Padang Katong, Kangar wajah2 rider antara suka bercampur gelisah sudah pastinya menanti jawapan dipenghujung kayuhan.

Memang tidak dinafikan bagi rider2 MTB @ Roadbike sekali pun KPLR 2009 menguji ketahanan mental & fizikal para pengayuh. Keperitan terik mentari, angin kuat, hujan lebat, kesesakan lalulintas dan keletihan berpanjangan rasanya tidak mematahkan semangat rider semua demi satu misi yg. begitu bermakna. Syabas... Malaysia bolehh...

Aku & Abg. Aziz antara rider yg. tak melepaskan peluang utk. join kali ni. Ramai blogger MTB yg. sama2 turut serta dlm KPLR 2009 maka dapatlah berkenalan dgn. lebih dekat lagi. Dengan semangat utk. kayuhan merentas sempadan, aku yg. baru baik dr. demam cuma tinggai batuk2 paksa diri jugak unt. join apatah lagi bila tengok rider2 cilik dan yg. berumur beraksi sama. Alhamdulillah.. misi pada hari pertama kayuhan berjaya. Dengan motto No Tolak & No Tunda aku & Abg Aziz selamat tiba jam 4.35ptg. Cuma masalah kelewatan banyak berlaku di entry point (sempadan) bagi geng Passport Group macam kami. 1 jam lebih dibazirkan untuk menanti geng & proses dokumentasi sblm. menyeberang.



Antara wajah2 rider KPLR 2009....bersemangat tu..

Blogger Odd jugak turut menyahut cabaran....
My Tag Team....Abg. Aziz


Taklimat kayuhan oleh orang kuat KPLR 2009..


"aku mesti habiskan bukit Wang Kelian ni"



Antara yg pernah terjadi & akan tetap terjadi....

Pak Nasir yg. turut sama menghantar Batalion KPLR ke pintu sempadan Wang Kelian.


seketika di gerai kraftangan thailand....

water refill..


adikkk.. jangan patahkan semangat abang...


rehat seketika... bagi mengelak mengantuk sms. menunggang...

jauh lagi ni... macam lagi satu jamboree aje jaraknya..


antara keindahan yg. ditemui...

antara Geng Gerek Gunung kot... tak sempat nak sembang lama..

never give up w/pun lambat...

sesungguhnya... harapan & keinginan itu dimakbulkan...

satu pengiktirafan... baskel boleh masuk bilik hotel..