1st Day - KPLR 2009 (Kangar -- Wang Kelian - Hatyai)

Date : 17 Oktober 2009 (Sabtu)
Time : 7.35pg -- 4.35ptg.
Distance : 148.8km

KPLR 2009 mungkin merupakan sebahagian drp rekod baru sesetengah rider kerana dapat berpeluang berkayuh dlm. satu jarak yg. jauh serta merentasi sempadan negara. Apa pun sebagaimana yg. telah dirancang oleh para penganjur kita, maka pada hari yg. bermakna yakni tanggal 17 Okt. 2009 maka bermulalah satu episod baru bg. kita semua yg. terlibat. Syabas buat para penganjur kita...
Sebermulanya awal kayuhan jam 7.35 pagi, bertempat disebelah SMK Putra, Padang Katong, Kangar wajah2 rider antara suka bercampur gelisah sudah pastinya menanti jawapan dipenghujung kayuhan.

Memang tidak dinafikan bagi rider2 MTB @ Roadbike sekali pun KPLR 2009 menguji ketahanan mental & fizikal para pengayuh. Keperitan terik mentari, angin kuat, hujan lebat, kesesakan lalulintas dan keletihan berpanjangan rasanya tidak mematahkan semangat rider semua demi satu misi yg. begitu bermakna. Syabas... Malaysia bolehh...

Aku & Abg. Aziz antara rider yg. tak melepaskan peluang utk. join kali ni. Ramai blogger MTB yg. sama2 turut serta dlm KPLR 2009 maka dapatlah berkenalan dgn. lebih dekat lagi. Dengan semangat utk. kayuhan merentas sempadan, aku yg. baru baik dr. demam cuma tinggai batuk2 paksa diri jugak unt. join apatah lagi bila tengok rider2 cilik dan yg. berumur beraksi sama. Alhamdulillah.. misi pada hari pertama kayuhan berjaya. Dengan motto No Tolak & No Tunda aku & Abg Aziz selamat tiba jam 4.35ptg. Cuma masalah kelewatan banyak berlaku di entry point (sempadan) bagi geng Passport Group macam kami. 1 jam lebih dibazirkan untuk menanti geng & proses dokumentasi sblm. menyeberang.



Antara wajah2 rider KPLR 2009....bersemangat tu..

Blogger Odd jugak turut menyahut cabaran....
My Tag Team....Abg. Aziz


Taklimat kayuhan oleh orang kuat KPLR 2009..


"aku mesti habiskan bukit Wang Kelian ni"



Antara yg pernah terjadi & akan tetap terjadi....

Pak Nasir yg. turut sama menghantar Batalion KPLR ke pintu sempadan Wang Kelian.


seketika di gerai kraftangan thailand....

water refill..


adikkk.. jangan patahkan semangat abang...


rehat seketika... bagi mengelak mengantuk sms. menunggang...

jauh lagi ni... macam lagi satu jamboree aje jaraknya..


antara keindahan yg. ditemui...

antara Geng Gerek Gunung kot... tak sempat nak sembang lama..

never give up w/pun lambat...

sesungguhnya... harapan & keinginan itu dimakbulkan...

satu pengiktirafan... baskel boleh masuk bilik hotel..

BM MTB Carnival 2009


Date : 11.10.2009 (Sunday)
Venue : Mengkuang Dam, BM
Distance : 50km.

Penyertaan hari ni drp. 6 rider yg. didaftar, 4 saja yg. turun untuk selongkaq hutan BM - Aku, Abg. Aziz, Johan & Ngah (Mat Stim). Aku & Abg Aziz bertolak ke Mengkuang Dam pada pagi tu dgn. tumpang kereta Anuar & Akmar (Manggis Rider).

Apa pun, setiap kali jamboree @ funride pasti ada perbezaan sentuhannya. Tapi bagi aku dlm. BM MTB Carnival hari ni, aku dah nyaris2 rasa sentuhan kecundang. Kalau sblm ni, organiser uar-uarkan yg. ride kali ni sekadar makan angin, malangnya tanggapan tu meleset sama sekali..makan angin keluar asap kenanya..melelehh. Berbekalkan 2X traning lepas raya, baru rasa macamana berketoinya otot betis & paha (cramp la tu..). Macam nak pungai baskel. 5,6X masuk R&R. Merintih sorang2 dibuatnya. Adehhh laa....

Track kali ni macam biasa saja, cuma byk sangat traffic jam - ramai pakat2 tolak, badan baru lepas raya katakan - uphill tolak, downhill pun tolak, sangkut ngan byk parit/sungai lagi. Kat nak last pulak agak bahaya sikit tracknya... berakar, sempit, bergaung & berair. Mau tak mau kena la tolakkk... Berbekalkan kesabaran pada event2 yg. lepas, mau tak mau aku nak kayuh bagi habis jugak. Alhamdulillah... jam 12.47tgh aku sampai la jugak pada kedudukan 361. Johan (43), Abg. Aziz (143). Hat badan sekeping tu dah tak boleh kata apa dah...tak traning pun kayuh deras...

Cabutan bertuah kali ni pun tak banyak hadiah..cuma grand prize dipertaruhkan... apa pun aku dapat la jugak cabutan bertuah lampu basikal... Balik aje rumah malam tu terus kena demam selsema sampai hari ni...dicampur pulak ngan letih & lenguh badan pasai kayuh sama.. melelong dibuatnya... Kat bawah ni adalah beberapa gambar yg sempat diambik time lepak kat R&R.

Dikala kedinginan subuh, gerek kami di angkat darjatnya...(parking atas kepala tokey nampaknya)

Eloklah tu...perbetoi & placing mana yg patut..

Satu amalan mulia...sebelum berjuang kita bertafakur seketika... Anuar (Manggis Rider)

tu dia..ramainya pakat2 mengambil tempat...


ishh..ishhhh..ramainya watak pelakon stunt hari ni...


tidak lain & tidak bukan...aku la ni...

Abg. Aziz : "lekas2 snap gambar...nak stat kayuh dah..."

macam padang jarak padang tekukur.. Kg. Pasir 2 Butir ke ni...

bagi isyarat dahhh..pakai la.. aku kena tinggai sat lagi...


suasana hiba & tragis di Bukit Langkap kot...

dah laa.. mai tolak pulak...


kat sini kalau hujan lebat, mau tukar ngan tayar lipan...


lokasi pengambaran yg mengasyikkan.. Indah Bumi Tuhan....


pakat2 letihhh..


Banyak sangat daa parit kali ni...


Uncle Chai, tokey baskel Balik Pulau...

beristirehat seketika menanti nasib dihujung jari... satu no. pun tak naik...



** MISSION COMPLETED **