merdeka! Merdeka!! MERDEKA !!!!


Apa jua warna kulit kita...betapa beza darjat kita... miskin ka, kaya ka...tinggi ka..rendah ka..tak kira apa agama..bangsa...di kota... di desa... di hulu banat mana ka...yang pasti pada hari ni kita wajar dan berhak menyambut ulang tahun KEMERDEKAAN Negara Kita yang ke-52.

Sebagai warga negara yang bertanggungjawab kita wajib mempertahankan kedaulatan negara untuk generasi anak cucu cicit kita. Minda kita juga perlu bebas dari penjajahan...kitalah generasi yang celik mata hari ni yg amat bertuah.. tak perlu bersusah payah menentang penjajah. Kita anak Malaysia yang boleh bermegah melangkah di tanahair sendiri. Tetapi harus ingat..jangan kita alpa hinggakan suatu hari nanti kita terpaksa perjuangkan hak kita di bumi sendiri sekali lagi sesama kita. Kebebasan dalam satu genggaman yang kita sendiri tak perasan...pastikan merdeka terus MERDEKA!!!!!


pakat-pakat fikir la sendiri....

SYUKUR...RAMADHAN DATANG LAGI..

Kpd semua rider2 MTB Muslim selamat berpuasa...Semoga Ramadhan tahun ini memberi lebih kekuatan untuk meningkatkan ketaqwaan kita kepada yg. Maha Esa. Oleh itu, kesihatan perlu dipelihara w/pun aktiviti berbasikal antara kita telah dikurangkan. KURANGKAN JUADAH, TINGKATKAN IBADAH, KESIHATAN KEKAL TERSERLAH.





RENUNGAN BERSAMA, KELEBIHAN BULAN RAMADHAN....

1. Bulan diturunkan Al-Quran
Yang bermaksud:(masa yang diwajibkan kamu berpuasa ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk itu dan yang membezakan antara benar dengan yang susah ( surah Al Baqarah : 185 )

2. Bulan penuh berkat
Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang disebut sebagai bulan mulanya rahmat, di tengahnya pengampunan dan akhirnya merdeka daripada api neraka.

3. Bulan penghapusan dosa

Rasulullah s.a.w bersabda, sesiapa berpuasa Ramadhan dan berjaga malamnya dengan penuh kepercayaan dan ketelusan ikhlasnya nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu.

4. Bulan diturunkan Lailatul Qadar

Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu pada dia Lailatul Qadar itu. Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu diturunkan malaikat dan Jibrail dengan izin tuhan mereka untuk mengutus segala urusan. Sejahteralah (malam) sehingga terbit fajar.(surah Qadr:1-5)

MERDEKA RIDE FOR GREEN

< Malaysia Book of Records >
Kayuhan bersempena menyambut kemerdekaan & penutup sebulan bagi pengisian Ramadhan. Apapun Merdeka Ride for Green yang diadakan baru-baru ini memberi pengertian yg. bermakna bagi setiap rider yang menyertainya. Satu catatan rekod baru bagi Malaysia dalam arena sukan basikal apabila ianya telah tersenarai sbg. penyertaan terbesar yg. dianjurkan. Penglibatan sebegini yg. kita harapkan dlm. usaha memeriahkan lagi sukan berbasikal disamping mempromosikan aktiviti riadah yang sihat.

Agak terlewat sikit nak aku bercerita pasai kayuhan baru-baru ni, pasai balik saja dari kayuhan hari tu terus kena pi kursus 3 hari kat Parit Buntar Inn. Tapi tak pa, segalanya tetap aku siarkan juga suasana pada hari kejadian. Kat bawah ini ada la beberapa pic yang sempat aku rakamkan....

Date : 16 Ogos 2009
Venue : Padang Polo, Penang
Distance : 53km
Time : 1h:50minutes



Dah hampir 4 tahun lebih kuda aku ni tak beraksi dalam sebarang temasya...get ready yop..


Jangan betul rangkaian internet anda...aksi sebegini sememang telah dijangkakan akan berlaku pada rider 2 orang ini (Abg, Aziz & Jumaiti)


Rasanya amoi tu slim pasai dok pekena Jus Mate5 kot...badan ringannyeee....

Time ni pun ramai lagi baru dok mendaftar.....

Satu keunikan basikal ni, aku rasa boleh lena sambil kayuh kot...mana tuan dia tah...



Majlis sudah bermula..bangun...bangun...nyanyi lagu Negaraku


Maka tersenarailah satu rekod baru dalam Malaysia Book of Records (Largest Cycling Go For Green Convoy)

Ketabahan & kecekalan insan ini yang membuat aku makin bertambah semangat untuk berkayuh.. tahun lepas di Sg. Petani MTB Jamboree uncle ni bersemangat bersama-sama mendaki dgn. kita yg. sempurna...syabas uncle...



sat..sat..sabar2...dah nak mula ni...sat lagi hangpa kenjoi la...

>
yang pasti hadiah2 ni bukan milikku.....


maka dengan saat ini tersadailah gerek aku kat rumah buat masa sebulan ni...basikal pun tau puasa jugak....mana boleh tahan, asyik dok kena kuda saja...kasi rehat la sikit...

KEDAH JAMBOREE 2009

Date : 1 Ogos 2009
Venue : Taman Tasik Jitra, Kedah
Distance : 45km

Apa benda pun nak cerita lepas ni.. yang penting bagi aku nak ucap dulu syabas & terima kasihhhhh banyak2 kepada penganjuran Kedah Jamboree tahun ni; terutama sekali kpd. Bro Adi & Lontruth yg aku percaya bekerja keras untuk kita orang semua serta crew2nya. Memang rugi la sapa yg. tak join jamboree kali ni. Track memang layan gilerr...dari starting sampai finishing enjoy gila w/pun terpaksa tolak sesetengah bukit tu...2km pertama dah masuk offroad...dah tu layan track balak yang luas serta downhill yang hebat2... hinggalah 43km lebih kalau ikut dah tamat masih lagi dok offroad..betoi ka aku dok meqatuih sorang2..keluaq2 terus ke tasik jitra dah...

Bukan tu saja, disamping kita berjamboree untuk semangat kesukanan dan kesihatan.. dapat jugak pahala bagi kita pasai masing2 pakat huloq derma untuk tabung Yayasan Sultanah Bahiyah demi kebajikan sejagat...penganjuran macam ni yang kita harapkan...

Kat bawah ni ada la beberapa pic yang sempat aku snap masa picnic kat track... banyak kali jugak dok beqenti bernyawa... menang dah tentu dak dah.. kayuh la pelan2 orang kata..janji sampai...




Seperti biasa setiap kali event aku & Abg Aziz pasti join punya... awal 4 pagi dah bertolak dari Balik Pulau.


tu dia... pakat2 ambik tempat dah...





kayuhan yang relax tapi meleleh.....


jangan risau...kalau ada bukit pasti ada puncak...sat lagi sampai la tu...



kuat.. amoiiii..kuattt... dahsyat la lu...


nampaknya masing2 bergegas kayuh untuk berhenti minum...


steadyyyy...orang kuat jamboree (Lontruth) ...


gua tabik la pada brader2 askar semua ...kasi bakar semangat perwira kami untuk terus berkayuh....

letih2 jugak...posing jangan lupa..


tak dak yang paling nikmat time ni kecuali tekak dibasahi ayaq : Pak Nasir



first downhill... memang layan giler..kalau panjang lagi best...


zon 100m paksa tolak.... kalau ada yang boleh kayuh tu tolong bagi nama sat..


buat p la macamana pun..janji sampai atas...


masuklah kot bawah pun tak apa...balak tu tumbang lama dah...tak bahaya...

Jane ni sorang lagi pembakar semangat rider lelaki...

isshhh...batu ni kalau kutip nak buat apa tah...

dah dekat nak sampai dah... tup..tupp.. Amoi Jane ni cilok aku kat depan pulak....

Jam 11.30 pagi selamat kami landing...aku pada kedudukan 166.


Askar Semboyan dua orang ni memang belah awal lagi.. Abg Aziz pukul 10.30pg dah sampai pada kedudukan 37.

Hat ni..askar pencen lagi laju..kedudukan ke-10.. Abg. Kamil (Gerek Bukit)

Abg. Kamil bersila elok dah..dok jampi bagi naik nombor cabutan...boleh jugak kat dia kupon tukaran RM50.00 kat gerai bawah tu...


Oklah...apa pun terima kasih sekali lagi untuk Kedah Jamboree 2009...hi..hi..bye..bye..