SYUKUR...RAMADHAN DATANG LAGI..

Kpd semua rider2 MTB Muslim selamat berpuasa...Semoga Ramadhan tahun ini memberi lebih kekuatan untuk meningkatkan ketaqwaan kita kepada yg. Maha Esa. Oleh itu, kesihatan perlu dipelihara w/pun aktiviti berbasikal antara kita telah dikurangkan. KURANGKAN JUADAH, TINGKATKAN IBADAH, KESIHATAN KEKAL TERSERLAH.





RENUNGAN BERSAMA, KELEBIHAN BULAN RAMADHAN....

1. Bulan diturunkan Al-Quran
Yang bermaksud:(masa yang diwajibkan kamu berpuasa ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk itu dan yang membezakan antara benar dengan yang susah ( surah Al Baqarah : 185 )

2. Bulan penuh berkat
Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang disebut sebagai bulan mulanya rahmat, di tengahnya pengampunan dan akhirnya merdeka daripada api neraka.

3. Bulan penghapusan dosa

Rasulullah s.a.w bersabda, sesiapa berpuasa Ramadhan dan berjaga malamnya dengan penuh kepercayaan dan ketelusan ikhlasnya nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu.

4. Bulan diturunkan Lailatul Qadar

Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu pada dia Lailatul Qadar itu. Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu diturunkan malaikat dan Jibrail dengan izin tuhan mereka untuk mengutus segala urusan. Sejahteralah (malam) sehingga terbit fajar.(surah Qadr:1-5)