MERDEKA RIDE FOR GREEN

< Malaysia Book of Records >
Kayuhan bersempena menyambut kemerdekaan & penutup sebulan bagi pengisian Ramadhan. Apapun Merdeka Ride for Green yang diadakan baru-baru ini memberi pengertian yg. bermakna bagi setiap rider yang menyertainya. Satu catatan rekod baru bagi Malaysia dalam arena sukan basikal apabila ianya telah tersenarai sbg. penyertaan terbesar yg. dianjurkan. Penglibatan sebegini yg. kita harapkan dlm. usaha memeriahkan lagi sukan berbasikal disamping mempromosikan aktiviti riadah yang sihat.

Agak terlewat sikit nak aku bercerita pasai kayuhan baru-baru ni, pasai balik saja dari kayuhan hari tu terus kena pi kursus 3 hari kat Parit Buntar Inn. Tapi tak pa, segalanya tetap aku siarkan juga suasana pada hari kejadian. Kat bawah ini ada la beberapa pic yang sempat aku rakamkan....

Date : 16 Ogos 2009
Venue : Padang Polo, Penang
Distance : 53km
Time : 1h:50minutes



Dah hampir 4 tahun lebih kuda aku ni tak beraksi dalam sebarang temasya...get ready yop..


Jangan betul rangkaian internet anda...aksi sebegini sememang telah dijangkakan akan berlaku pada rider 2 orang ini (Abg, Aziz & Jumaiti)


Rasanya amoi tu slim pasai dok pekena Jus Mate5 kot...badan ringannyeee....

Time ni pun ramai lagi baru dok mendaftar.....

Satu keunikan basikal ni, aku rasa boleh lena sambil kayuh kot...mana tuan dia tah...



Majlis sudah bermula..bangun...bangun...nyanyi lagu Negaraku


Maka tersenarailah satu rekod baru dalam Malaysia Book of Records (Largest Cycling Go For Green Convoy)

Ketabahan & kecekalan insan ini yang membuat aku makin bertambah semangat untuk berkayuh.. tahun lepas di Sg. Petani MTB Jamboree uncle ni bersemangat bersama-sama mendaki dgn. kita yg. sempurna...syabas uncle...



sat..sat..sabar2...dah nak mula ni...sat lagi hangpa kenjoi la...

>
yang pasti hadiah2 ni bukan milikku.....


maka dengan saat ini tersadailah gerek aku kat rumah buat masa sebulan ni...basikal pun tau puasa jugak....mana boleh tahan, asyik dok kena kuda saja...kasi rehat la sikit...