Date : 19th. July 2009
Venue : Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah
Distance : 40km
Kayuhan di Sintok kali ni agak sederhana saja cabarannya. Track yg. menarik, cuma agak basah sikit akibat hujan petang & malam tu..Apa pun info awal telah kami terima drp. marshall motorcross yg. sama2 menginap di lokasi dorm UUM pada malam tu.
"Track terpaksa di cut 15km kerana berlaku tanah runtuh di beberapa laluan..dan kalau hujan lebat malam tu juga laluan akan lagi merbahaya bagi rider MTB dan Motorcross sendiri." kata depa. Apapun itulah track yang kita sama2 tempuhi pada hari tu.. tinggal 40km dan kalau nak selesa lagi eloklah pakai rockbike dan kayuh kat jalan tar ajelah...
Cuma saya percaya ramai yang terkilan ttg. pengurusan penganjuran. Sudahlah goddies tak dimaklumkan lokasi & masa pengambilan dah tu jersey ramai yg. tak dapat lagi walaupun daftar sblm tarikh tutup, finishing para peserta tak disambut @ disumbang apa2 cenderahati dan yg paling menyedihkan hidangan lunch tak memuaskan (kuah gulai kering tinggal ayam saja, air sirap kering tinggal icecube saja)..mengkelan aku dgn. rider2 lain dah la penat2, kena cekik nasi keras pulak tanpa kuah dan ayaq...macam nak untung lebih aje depa ni...
Apa pun untuk kayuhan ni, aku telah daftarkan seramai 13 rider untuk team aku & hanya 10 orang saja yang turun padang sahut cabaran. 3 lagi menanti siaran tertunggak kat blog ni....
RENTETAN KAYUHAN :
Jam 3.30ptg. (Sabtu) ; Aku, abg Aziz & Azhar berlepas dari Balik Pulau & yang lain bertolak pagi esoknya. Kami melewaq sat kat kedai bundle yang jual kasut MTB di Alor Setar (info dari Blog Abg Adi). Boleh sepasang kat depa... lepas tu singgah kat rumah Azhar di Jalan Langgar hantar anak bini dia sat... time singgah kat rumah dia kami pakat pekena durian, dokong, rambutan, manggis...sampai naik pening aku...dah nyaris2 nak telan panadol...apa pun terima kasih la Azhar.
Malamnya kami bertolak ke UUM & dalam planning nak la berkhemah kat sana, adjust punya adjust ada la 4 katil kosong kat dorm UUM (RM 10/katil). Nak pasang tent kat camp site pun hujan dok turun malam tu....alhamdulillah dapat juga katil...
Abg Kamil (Gerek Bukit) dok isi minyak spare untuk esok la tu...
Azhar dah makin cemas pasai ramai sangat brader motorcross kat area dorm....kononnya takut track teruk kali ni...
Johan, Abg. Aziz, Uncle Chai & Azhar dikala subuh hari....
Ah Tiang tauke bengkel cat spray...
Warm-up la Azhar macam Abg Aziz tu...baloq sungguh hang...
Mana boleh..aku pun nak posing jugak....
...my machine dah sedia nak beraksi....
tuuu diaaa...ramainya dok tunggu nak belah...
aku terlupa pakai bedak la pagi ni.....
Uncle Chai tauke kedai beskal Balik Pulau..bertenaga orang tua ni...makan apa aku tak tau....
hang jangan dok qenyeh Azhar...sat lagi hang tau la....
Antara laluan2 yang penuh tragis....jangan putus asa....teruskan kayuhan dan tolakan...janji sampai penamat....
waduh..waduhhhh....peritnya.....
qeti jugak letih Abg. Aziz ni... ingat ka hi..hi..bye..bye dah kat depan...
Mangsa keadaan..kena paksa rela...tenagaku telah diliwat, semangatku telah dinodai....aku nak balikkkk.....
Complete jugak kayuhan hari ni, aku sampai lebih kurang 11.30pg....kayuh la cara kudrat yang aku ada....Apa pun beskal mesti bagi mandi junub dulu sblm. masuk dalam kereta...
Ini saja plak yang aku boleh bawa balik untuk event kali ni...kesian rider2 lain yang tak dapat medal ke @ sijil ....tak patut langsung...
Quelques manières pour être respectueux de l’environnement avec votre
voiture
-
Lorsque vous avez votre véhicule, ce n’est pas le moment pour vous de
polluer l’environnement. Même si vous avez votre voiture, vous pouvez bien
respecte...
1 year ago