ZOOM in TAMAN NEGARA PULAU PINANG


Dah hampir 3 minggu berlalu slps. Nibong Tebal MTB Adventure sempat la aku kayuh sekali Sabtu lepas...asyik dengan sibuk kerja..kerja...qeja...sampai ke malam...
Oleh kerana tak dak benda nak di-ngomel dalam blog ni, jadi aku cuba nak introduce kat kekawan ttg. Taman Negara Pulau Pinang....mungkin sesetengah kita dah biasa sampai kat sana. Bagi yang tak biasa boleh la berkunjung ke sana dalam mengisi aktiviti kecergasan @ riadah bersama teman2 @ family.

Habis aje NTMTBA 2009 (Ahad), aku ingat nak la bercuti hari Isnin, malangnya teringat pulak hari Selasanya aku dah set dgn. PERHILITAN nak buat sanitary survey kat pusat pelancongan tu sebagai rutin inspection aku punya kerja maka sibuk la sikit hari tu. Kebetulan pulak trip kali ni melibatkan student Uni. Malaysia Sabah & Kolej MAHSA yang ambik jurusan Environmental Health maka ramai pulak yang join.

Untuk makluman, Taman Negara Pulau Pinang ni terletak di Teluk Bahang (kami panggil End of the World) dibawah Jab. Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara (PERHILITAN). Banyak produk menarik terdapat kat situ maka tak payah la kita nak p jauh2.


Terdapat 2 lokasi menarik boleh dikunjungi iaitu di Sungai Tukun dan Pantai Kerachut. Untuk sampai ke Sungai Tukun ambik masa 15 minit manakala Pantai Kerachut 1 setengah -- 2 jam melalui jungle tracking (aktiviti kecergasan) atau boleh juga menyewa bot untuk sampai ke Pantai Kerachut. Kalau nak adventure sikit p melalui hutan balik melalui laut (dengan bot bukan berenang).



Tapi sebelum nak explore Taman Negara, kita perlu register kat pejabat urusan demi keselamatan dan yang terbaru pengunjung2 perlu declare apa2 benda yang boleh menjadi sampah (spt. pembungkus makanan, suratkhabar etc) dan pengunjung perlu membawa keluar kembali sampah berkenaan. Disana tak dibenarkan membuang sampah & tak ada lagi tong sampah akan disediakan. Denda mungkin akan dikenakan kpd sesiapa yang tak bawa keluar semua jenis sampah yang dah diistiharkan. (Cintailah Kebersihan & Kehijauan Hutan Kita).

Kami mula bergerak dgn. bot sebab banyak peralatan yang nak kena bawa....Ada jugak wajah2 suka dalam duka pasai first time nak redah laut dgn. bot.
Tak berapa minit sampai la kami kat lokasi pertama Sungai Tukun.
Kena tracking la sikit..

..tu anak panah arah dah ada...buat qeja masing2...




Dekat Sg. Tukun ni terdapat Titian Kanopi yg baru beroperasi bagi melihat keindahan kehijauan hutan. Tak perlu nak ke Pahang @ Sarawak. Caj masuk cuma RM5 shj. untuk dewasa.


Tapak perkhemahan di atas aliran sungai....

Dapat mencari ketenangan kat atas sana... bebaskan diri dari kesibukan kota...

Pelbagai kemudahan disediakan di lokasi Sungai Tukun ...


Setelah selesai pemeriksaan kebersihan dan mengkaji kualiti air di Sungai Tukun kami pun bertolak ke Pantai Kerachut pulak...


Selamat datang ke Pantai Kerachut....

Ketenangan begini yang ku cari.....

Dewan terbuka turut disediakan dan digunakan jugak untuk bersolat...

Tentang keselamatan tak perlu risau kat sini, Pos Kawalan beroperasi 24 jam...

Tapak perkhemahan juga disediakan dengan pelbagai kemudahan spt. dapur, bilik mandi, tandas dan dewan terbuka..



Pusat Pemuliharaan Penyu juga didirikan di Pantai Kerachut.. kita boleh tengok penyu bertelur dan penyu juga berpeluang tengok telur kita. Kalau musim baik kita berpeluang lihat penyu belimbing mendarat.


Tasik Meromiktik : Satu keajaiban tasik ni ialah air laut dan air tawar bertemu tetapi tidak bercampur. Macam air dengan minyak. Merupakan tasik kedua ditemui di dunia selepas di Australia. .

Kami menjelajah lagi mencari punca air yang digunakan di Pantai Kerachut bagi menjalankan ujian kualiti air. Ini bagi memastikan sumber air yang digunakan tiada pencemaran di kawasan punca hingga ke paip pengguna.


Ok la tu... bolehlah rest dan buat test kat sini....


Bila balik jangan lupa berkunjunglah kat Muzium Taman Negara kat atas sana tu...banyak khazanah hutan dipamerkan...







CINTAILAH FLORA & FAUNA KITA...DEMI GENERASI AKAN DATANG...