Qengkohan Bukit Pondok Upeh

Date : 24 Nov. 2009 (Selasa)
Route : Bukit Pondok Upeh
Rider : Johan, Agensi 3A & Mat Stim

Cuaca tak menentu dan hujan pd ptg hari Isninnya mengagalkan aktiviti kayuhan. Hari ni kira suhu semua ok dan perancangan adalah pendakian bukit Pondok Upeh bg acara pecahan lemak berkala. Kali ni 5 rider turun meringankan badan menqengkoh bukit Pondok Upeh yg dah sekian lama menyepi dari perhatian kami. Jalan pun dah banyak berubah di bhgn puncaknya, makin lebar. Apa pun kalau ada Johan & Abg Aziz nahas la kami, kena ikut acara kejar mengejar... mau semput dibuatnya. Depa 2 orang tu badan sekeping pembaris tak pa la... hat ni badan berair banyakkk blue hippo.. tewas ajaqnya. Apa pun latihan dan persediaan untuk Kayuhan Lasak 2 minggu lagi perlu dibuat juga bg meningkatkan stamina di antara kami.

aiseyman...awat Mat dah tolak ke?

Abg. Aziz & Johan... skuad peninjau jalan..


.. dipersimpangan dilema...

Johan, Abg. Aziz, Aku & Mat Stim...


Downhill Jalan Tun Sardon (Bukit Baru)

Restoran Kassim Mustaffa : gaya Macho Man "Randy Savage"...

Datuk 'K' ada ka ?

Terjahan Genting Hill

Date : 22.11.2009
Venue : Bukit Genting, Balik Pulau
Time : 5.00ptg - 6.30ptg.
Rider : Aku & Azhar sajaa..

Hari ni geng2 pakat sibuk ngan acara bebas dihari minggu maka tak dapat tidak aku ngan Azhar saja yg. kayuh memecah keringat yg ada. Ikut planning nak ajak Azhar pi Bukit Pokok Pisang, Pulau Betong. Aku punya la kayuh laju dari Ayer Putih hambat pi Pulau Betong, last2 dia tukaq pulak laluan ke Bukit Genting kononnya P. Betong tak power. Apalagi patah balik le ke Kg Genting & terus terjah ke Genting Hill menikmati pemandangan indah di kala petang hari.

Aaa... pada sesiapa yg belum sampai ke Genting Hill bolehlah berkunjung ke sana. Kat sini boleh tengok hasil kerja tangan orang Thailand set up restoran kat atas tu. Aku selalu mai sini pasai kerja.. periksa kebersihan restoran & test quality ayaq bukit depa dok guna. Boleh tempah chalet untuk bermalam. Masakan sini "pork free" tetapi minuman keras ada, tetap tak halal. Setakat nak lepak2, minum2 tu boleh la. Ok lah, layan aje panaroma yg sempat aku rakamkan....

..menyusuri jalan Kg. Genting

start qabat dah... non-stop punya climbing... boleh semput la jugak

sayup2 ketinggian diterjah...


ok dah nak sampai..sikit lagi.. seposen aje lagi tu....

Lapisan lantai adalah perahu asal yg dibawa masuk dari Thailand : menurut tauke restoran ni.

antara chalet yg boleh ditempah untuk bermalam... kalau berani dok sini...





kat blkg ni ni tempat tengok bintang2 di waktu malam


2 bulan lepas aku cuba nak tinjau bintang2 tapi tak nampak pasai aku tak perasaan hari siang time tu...


helicopter Nam Tour of Duty...





Slps gambar ni diambil, Azhar sempat nyanyikan lagu "Aku Anak Gembala" sampai habis yg pernah didendangkan oleh Sudirman.

Mask of Zorro... Uniform tak sempat tempah pasai kain tak cukup..


saujana mata memandang.. sekitar Balik Pulau












oraittt... time to downhillll....

Kayuhan Klasik (Steel is Real)

Date : 15 November 2009 (Ahad)
Route : Kulim --- Hutan Lipur Bukit Hijau --- Kulim
Distance : 82km
Time : 7.45pg. -- 12.00tgh.

Agak terlambat sikit untuk up date blog perihal kayuhan klasik yg baru berlalu. Seminggu ni sibuk sikit ngan projek dalam hutan sampai ke petang, balik2 pukul 9.00mlm kira nak lelap mata...letih giler. Terlebih dahulu sekalung tahniah & terima kasih kepada penganjur kerana mengadakan Kayuhan Klasik bagi mengisi diari gerek pada tahun ni. Alhamdullillah.. perjalanan kayuhan berjalan lancar dengan cuaca yang elok pada hari tu. Rasanya tak dak modal nak berceloteh kali ni... layan aje memori yang sempat di snapkan.

para peserta berkumpul sebelum berlepas..


Mr. Manan & aku la tu..


Man dengan aksi " Ranjau Sepanjang Jalan"


ketenangan kehijauan sepanjang perjalanan....


tup..tup.. tiba2 sampai dah kat Hutan Lipur Bukit Hijau

Bro Razif yg turut memberi semangat kpd rider2 w/pun starting dari rumah kat Baling.


antara aksi silap mata dari 2F (Firdaus & Faizal)


hat ni tiket boleh dibeli di stadium bola batu kawan, i'm sorry..jangan maree..

"lepas balik sat lagi jangan lupa beli nasik bungkuih kat anak2, letih la bang" luahan hati si isteri pada suaminya(Manan) sebelum gambar ni diambil.