Round Island (Kayuhan Melancong Sambil Melencong)

Date : 08.11.2009 (Ahad)
D.Time : 7.30pg -- 12.45tgh
Route : Balik Pulau - Teluk Bahang - Bt. Feringhi - Padang Kota - Batu Maung - Teluk Kumbar - Balik Pulau
Distance : 82.2km

Ahad minggu lepas kami Agensi 3A hanya layan road 1/2 pulau tapi hari ni kayuh kasi abis - seroundeng pulau. Oleh kerana seminggu sekali baru nak rasa kayuhan maka macam biasa 1/10 kayuhan dah dok meqatuih penattt. Bagi aku penat tak apa, janji terlaksana misi kayuhan. Bukan nak berebut hadiah. Setakat yg termampu kudrat kita untuk pelihara kesihatan.

Macam biasa, seawal 7.15 pagi Azhar dah tercegat depan kuarters aku. Dia yg start kayuhan 8 km dari rumah dah mandi peluh aku tengok. Tak pa, tak pa, sat lagi kita test power lain pulak. Sure up punya kat bukit nanti. Apa pun kayuhan hari ni 100% tarmac, sekadar nak melengkap training unt. ke Kulim minggu depan. Hari ni kayuh banyak sungguh R&R tambahan pulak cuaca terlampau panas dari awal pagi hingga petang. Layan aje gambar 3 pelancong M'sia ni kat negara sendiri....


upacara perlepasan belum disempurnakan lagi..bawak2 bersabaq..

on the way ke Teluk Bahang....

meleleh la kau... orang suruh dok qumah hari2 cuti..

legaaaa... sesampai kat Dam Teluk Bahang.

Nasib malang menimpa rider dari Tanjung ni. Rantai dia putus masa qabat Dam Teluk Bahang. Nasib baik ada mekanik Abg. Aziz ni.

pakat2 dok proses baskel.. aku ngan Azhar ambik kesempatan bernyawa sat...

seketika kat Bt. Feringhi dok cari daun pokok melaka dalam hutan tu kononnya boleh buat ubat strok untuk bini kawan Azhar. Dok tak dok Azhar kena sengat dek penyengat.

acara posing memosing kat roundabout Gurney Drive (Padang Kota Baru)


ha..tuuu ada gerai nasik...kat Masjid Karwa, Tg. Tokong

masa untuk panah nasik la pulakkk...

macam nak pi buat bendang dok taboh nasik nampaknya....

seketika di Port Cornwallis (Padang Kota Lama)

aiseyyman...makhluk mana ni... men in black kot..

cutii..cutiii..Malaysiaaa... jangan lupa bawalah gerek sekali...

zam,zam ala ka zam.... awat aku rasa beralun pelik ni...

Sat lagi kita balik ngan kapai tu turun kat Kuala Sg. Burung, Balik Pulau.


Berhenti lagi boh minyak kat Stesen Shell, Jalan Ferry

Ambik kesempatan tengok race motor kecik kat Jelutong Highway

Dah laaa...tak nampak rupa dah kita nii...

bukan main seronok dapat lalu bawah teduh...

nah ambik rasakan panaih lit lit pulak... adeiihh...


Rehat pulak kat tepi padang Airport Bayan Lepas

last touch kat Jalan Teluk Kumbar sebelum downhill ke Balik Pulau

..sEKIAn..Wassalam..