Kayuhan 1/2 Island

Date : 01.11.2009 (Sunday)
Route : Balik Pulau - Teluk Bahang - Bt. Ferrighi - Mt. Erskine - Air Itam Dam - Puncak Hilton - Balik Pulau.
Distance : 55.6km
Time : 8.00pg -- 12.30tgh.

Slps. 2 minggu KPLR berlalu tanpa kayuhan pecah peluh dgn. harapan melalui proses pemutihan (bukan warga asing) tapi sembuhkan kulit yg. terbakaq maka hari ni aku peturun balik gerek unt. beraksi. Malamnya terima roger drp. Azhar & Abg Aziz untuk qabat Bukit Bendera (Penang Hill). Memandangkan badan dah makin lemah tak kayuh lama maka macam2 alasan dok cari mengelak tak mau pi. Tayar pulak kecik lepas balik dari KPLR hari tu pun tak sempat tukaq lagi.

Oleh kerana nak paksa kayuh jugak pasai ingat nak join Kayuhan Klasik kat Kulim maka kudrat terpaksa dikorbankan. Route kayuhan hanyalah jalan tar aje hari ni, sekadar makan angin katakan. Round 1/2 Island yg. termampu. Tapi main ngan tak kayuh 2 minggu, meruap jugak dalam kepala hari ni. Layan aje pic kayuhan Agensi 3A (Amier, Aziz & Azhar) kat bawah ni...



Dah lama tak singgah kat Kedai Teluk Bahang pekena roti jala... Ahhh..legaaa....

Laluan Bt. Ferringhi menuju ke Mt. Erskine


Isi gas kat kaki Bukit Air Itam

Kuih besaq tu hang nak telan ka Azhar....

Siap ngan beli bungkus ayaq teh bunga dgn. harapan cepat kurus...


pendakian bukit Air Itam Dam pun bermula...


hat ni la penunggu perigi empat segi...


Legaaa...dapat tengok ayaqqq banyakkk.....


uphill lagi menuju puncak Hilton...


posing dulu sebelum downhill ke Titi Serong, Balik Pulau.