$KAYAKAN$ KAWAT 2009...


ayaqqq... ayaqqq.. kat mana ayaqnya...
hat ni la yg aku dok tanya setiap kali bertembung ngan pihak urusetia.. malangnya ada yg ikhlas menjawap & ada pulak yg mempermain kita yg tengah betoi2 dahaga & marah. Sayu sungguh bila aku tengok sendiri penghuni taman perumahan yg berbangsa Cina & India memberi belas ehsan kepada rider2 yg perlukan ayaq. Ada yg sanggup dah tunggu kat belakang rumah ngan baldi besaq menghulurkan bantuan. Ada jugak rider2 yg dah sanggup cedok ayaq sungai ketika keadaan dah boleh kira darurat la masa tu. Bagi aku sendiri pun bila minum ayaq terpaksa tahan dlm mulut seketika basahnya sebelum menelan pelan2. Punya nak jimat ayaq time tu.

Tak kira betapa peritnya track yg dihidangkan sepanjang KAWAT 2009 namun apabila persoalan kebajikan para rider tidak dipelihara malah dicabul pulak lagi, aku kira ini dah melampaui satu tahap penindasan yg agak kronik la jugak. Kepada rider2 yg join KAWAT 2009 rasanya sedia maklum sendiri perkara ni & tak perlu diceritakan lagi. Nak hamput, nak maki hamun bukan la budaya kita kerana benda tu tak boleh selesaikan masalah sebaliknya memarakkan lagi keadaan. Pihak penganjur perlu... perlu... perlu..... lu pikiaq la sendiri... aku pun jem dah.

Sebenarnya apa yg nak diburu oleh pihak penganjur? Adakah keuntungan yg diharapkan sehingga mengabaikan kebajikan & keselamatan para rider? Bagi kami rider2 & team K-raitt sendiri sedia maklum yg penglibatan rider2 bukan menerima undangan macam makan kenduri.. kalau kenduri sekali pun org sedekah la jugak duit sebelum makan, maka ringan sikit beban tuan rumah. Tapi kami yg join jamboree ni terpaksa bayar yuran penyertaan dengan harapan memberi sokongan kpd penganjur & memeriahkan lagi sukan MTB. Apa salahnya pihak penganjur jaga la tetamu yg bertandang dgn. sebaik mungkin. Apa yg berlaku sekarang ni tidak lebih kepada mengharapkan keuntungan ke arah dana tabung kelab.

Apa pun selepas ni kpd mana2 penganjur yg ingin mengadakan jamboree/funride buatlah yg terbaik untuk para rider dan jadikanlah KAWAT 2009 sebagai satu pengajaran (sempadan bukan tauladan) yg bermakna dlm meningkat mutu penganjuran. Rider2 tak mengharapkan sangat hadiah yg hebat2 semasa lucky draw kerana semua tu bergantung nasib untung seseorang. Sediakan goddies2 yg menarik,water refill, medal sbg kenangan & yg boleh dinikmati oleh semua rider yg menyertainya supaya yuran yg dibayar dapat mencapai kepuasan penyertaan. Contohi spt Kedah Jamboree, hanya hamper disediakan untuk lucky draw tetapi yuran dapat didermakan dan berbagai lagi goddies diperolehi serta water refill yg memuaskan.

Aku rasa telan tak lepas, berak tak lawas kalau tak luahkan benda2 ni semua. Apa pun penutup tirai sukan MTB kita dah dikira bukan lagi tercarit tirainya malah koyak rabak dibuatnya di Taiping. Diharap pihak penganjur dok2 la berbincang buat post-mortem. Ketuk la kepala sapa yg harus dipertanggungjawabkan. Bagi kami semua kami ingin terus berkayuh "agi idup agi ngelaban" dan jangan "agi idup agi ngelabah"




Aku & Manan


semua rider mengharapkan cerah berpanjangan rupanya hujan ribut di tengahari..

wajah2 yg. mengharapkan kayuhan yg bermakna....
















saat2 kritikal para rider... ketandusan semangat & ayaq..



Johan yg tak boleh johan @ naib johan lagi.. kali ni dia kedudukan ke-12.

Abg Aziz ant. yg sempat habiskan kesemua checkpoint..

hampeih nyok betoi la depa ni... sabaq bang.. sabaq...


sesungguhnya... kekecewaan yg tak mungkin terubat...


sesampai aje di rumah abg Aziz kat Taman Expo, upacara mandian berhadas dilaksanakan.



kalau ada lagi kayuhan kat Taiping oleh penganjur yg. sama... aaa... tolong blacklist la nama aku...bukan apa aku takut nanti naik pulak blackmaria ramai2.