KAYUH LASAK 2009

Date : 06 Disember 2009 (Sunday)
Distance : 42km.
Time : 8.30am - 2.30pm (6jam)


I'm Meleleh..melalok...melonglai..

Apa pun Kayuh Lasak telah pun berlalu... W/pun keperitan yang dilalui tetap tak mematahkan semangat untuk join race2 seterusnya. Segala kepenatan, keletihan & kesengsaraan yg ditanggung hanya seketika sms kayuhan. Penghujung penamat pasti tersenyum lebar bila dapat habiskan semua check point. Yang pasti kita bukan menyeksa tubuh badan kita tetapi sebaliknya memberi kekuatan dan membentuk ketabahan dalam diri. Itulah Rider MTB Sejati...

Kayuh Lasak dikira kayuhan yg paling kental menguji kekuatan fizikal & mental para rider. Kedengaran dikalangan rider2 yg kayuhan ni lebih sesuai dikenali sbg. Toyuh Lasak (Tolak Kayuh). Memang terbukti 2km pertama menyaksikan adegan tolak tonggek rider2 mendaki Bukit Bendera. Aku pun antara yg. tersenarai dalam babak tu. Tak sempat nak panas badan terus kena percikan api. Babak kedua adalah pendakian Bukit Jalan Hor Nyeor Leong, Sg. Pinang. Track ni antara laluan aku & geng dok traning tapi main ngan letih, aku pun tewas. Tolakkkkk.....

Alhamdulillah.. aku dapat tamatkan kesemua check point tanpa sebarang masalah fizikal dan teknikal meskipun ramai yg. mengalami cramp & tercedera sms downhill bukit Sg. Pinang. Apa pun jumpa lagi untuk race seterusnya di Taiping nanti...

antara wajah2 yg menyahut panggilan Kayuh Lasak




Aku ngan Mat Stim...

Jom tolakkkk... pendakian Bukit Bendera melalui Botanical Garden




Johan antara yg terawal. 10.30 di Sg. Pinang. Malangnya RD dia patah sms mendaki Jalan Hor Nyeor Leong.



antara mangsa downhill Bukit Sg. Pinang...


Penangan Jalan Hor Nyeor Leong, Sg, Pinang......