Program Ibadah Qurban PKBD (1430H)

Alhamdullillah... setelah sekian lama perancangan telah disusun maka dengan itu Program Ibadah Qurban kat office aku (Pejabat Kesihatan Barat Daya) telah berjaya dilaksanakan. Pada awal tahun aku ngan my staff mengharapkan 2 ekor lembu shj untuk dikorbankan namun atas permintaan yg menggalakkan dikalangan staff pejabat & klinik, dibuat pulak dengan sistem bayaran ala2 kutu (bulanan) maka terkumpulah ahli2 peserta korban menjadi kepada 5 ekor lembu. Pada mulanya risau jugak aku.. first time nak buat kat office. Ada ka orang nak bantu ni... Geng2 semua tak berapa experince ngan kerja2 melapah dah tu semua muda2 belaka.. Apa pun kena jugak cari manpower yg ramai.

Aku pun try dapatkan sponsor untuk tempah T-shirt dan akhirnya dapatlah dalam 65 helai. Apa lagi ramai la tangan yg menghulur nak bantu buat kerja amal ni. Apa pun yg penting keikhlasan hati kau orang dalam membantu usaha2 murni yg aku & the geng buat. Dari pukul 7.30 pagi hingga 11.00 pagi kerja2 dapat dibereskan dengan sempurna. Pukul 12.00tgh. dapatlah kita menjamah kenduri korban dari kudrat yg. kita curahkan. Terima kasih banyak2 kepada semua yg terlibat... Insyallah tahun depan kita laksanakan lagi.
Layan aje gambar kat bawah ni hero2 cowboy yg tak pernah melapah... Lepas ni jangan lupa bantu2 orang kat kampung pulak.. Ada juga yg lari tak tahan darah tu... Tak kisah, apa pun bermula dgn. langkah yg. pertama... Syabas untuk kalian semua...

seminggu sebelum tinjau keadaan lembu korban (oraitt cukup syarat..)

penyediaan lubang sembelihan & tanam sisa tulang & saki baki lembu.

Ok... khemah siap dipasang..

persiapan bahan masakan sehari sebelum...

eh..ehhh merajuk ke lembu ni...

woii... hangpa pegang kuat2 la... marah si 'Ly"


nak lepas bagitau.. aku pun nak cabut lari...

hang pa pegang.. aku berundur dulu...

sembelihan dibuat oleh Abg Mat.. my staff ustaz rock


Abg Aziz diantara dif-dif jemputan yang menyerikan lagi majlis pada pagi ini...

lawatan tapak oleh Peg. Kesihatan Daerah : Dr. Hj. Maktar Mohamed




Aku ngan Abg. Aziz tgh. race melapah paha lembu... hadiahnya : tulang lembu

kasi cincang kecik2.. mau bikin gulai...



Abg. Aziz tengah bermain inai hijau dlm perut lembu...

chef2 jemputan & tempatan...

masa untuk makannnn laaa pulakkkk...

sila...sila... jangan malu2, buat macam rumah kami.

antara wakil2 khairah masjid Titi Teras yg. hadir

antara orang2 kuat & harapan aku la ni...

tengok sini... apa yg menarik di tepi tu

minta maaf nooo... kerusi meja tak cukup...